Sunday, May 1, 2011

:: gelojak hati ::



Tiada siapa yang memahami gelojak hati ini..mahupun ibu sendiri..sedang diri seolah-olah keliru.. berbagai perasaan, berbagai rasa, 1 hati..

saat ini hanya ALLAH yang lebih memahami ciptaanNYA ini..

sungguh, aku merindukan saat bertemuMU ya ALLAH..saat bertemuMU dengan istiqamah..mampukah aku?? mengapa seringkali aku kecundang?? susahnya istiqamah.. aku terlalu rindu..

ni semua gara-gara membaca buku 'denyut kasih medik'.. sungguh indah ciptaanMU..mementingkan agama dalam setiap perkara.. mengingatiMU setiap masa.. mampukah aku menjadi sehebat itu?? aku ingin..

terima kasih ya ALLAH kerana meniupkan keinsafan padaku selalu.. namun mengapa susah untuk aku menjaganya?? terima kasih ya ALLAH kerana memberikan aku meluang merinduiMU selalu..

benar, aku bukan ingin meluahkan rinduku padaMU di sini.. cuma hanya ingin mengatakan, aku sangat rindu.. benarkan aku merasainya setiap denyut nadiku..

namun terkadang terfikir?? munafikkah aku?? atau inilah cerminan manusia?? aku rindu padaMU..namun tidak semua arahanMU kuikuti dengan sepenuh hati.. lindungilah aku dari menjadi orang munafik..

Monday, April 18, 2011

tErIma KaSih AyaH iBu



ucapan terima kasih kali ini bukan seperti mana terima kasih orang lain.. terima kasih khas buat ayah ibuku yang menjadikan aku ayah dan ibu sebelum masanya...

bukan jua ucapan marah, namun ucapan sebenarnya terima kasih..kerana ini, aku dewasa sebelum usia..aku menimba pengalaman sebelum pengalaman itu menghampiriku..

apa merapu nie?? faham?? tak???

kerana asas ini juga aku menulis blog ni.. begini, aku adalah anak sulung dari 6 orang adik beradik..kekadang nampak banyak, kekadang rasa sikit je.. mula-mula dulu macam biasa lah anak perempuan mahu membantu ibu didapur..ibu kata "nak tolong, tolong baca buku je..jaga adik". sememangnya, itulah yang aku lakukan dari kecil hingga dewasa.. baca buku sehingga berjaya ke universiti dan jaga adik sehingga adik-adik bergantung hidup padaku...

adik-adik sudah seperti anakku..dari hal jiwa mereka, hal kawan-kawan sehingga hal belajar..semua aku uruskan.. no need to story more..cukuplah ALLAH, aku, mereka dan ibu yang tahu...

apepun, disinilah jihadku..disinilah pengorbananku, disinilah komitmenku, disinilah perjuanganku..segala apa yang kamu laungkan, aku aplikasikan di tempat sepatutnya.. moga kamu semua faham suatu hari nanti.. jihad wanita itu utamanya dirumah... mendidik anak-anak.. mereka anakku..

Tuesday, April 12, 2011

:: AlhamDuLilLaH ::


Alhamdulillah exam final semester dah habis.. sem ni saya ambil banyak sangat subjek.. sbb sem lepas gatai p study leave...tp insyaALLAH dapat konvo dgn sahabat2 lain juga..

jadi, cuti 3 minggu nak buat ape yea?? saya harap saya dapat buat macam-macam..tak bazirkan waktu begitu je.. antaranya saya nak mulakan hidup baru dengan blog baru ni.. THIS IS MY LIFE k.. suka hati saya la nak cerita or tulis apa or macamana.. ikut mood..saya tak nak perah idea menulis..just tulis ikut apa yang ingin disampaikan hati..sebab SETIAP YANG TERJADI tu kan ADA HIKMAHNYA yang kita perlu ambil PENGAJARAN.. BUAT SEMPADAN ATAU TAULADAN..

jadi, harapnya kisah hidup saya ni dapat buat tauladan pada insan lain..sebab hidup saya lain dari orang lain...


saya nak balik kampung melaka, nak pergi taiping, kuala kangsar, manjoi, johor(dgn skandal), dan kedah.. tapi entahla... hehe..saya tak de kampung tau..sbb saya org bandar..yang berjiwa kampung..sebab saya disekolahkan di kampung...dan saya suka kampung...ni sekolah saya dulu..



selain dari tu, saya ingat nak menjahit baju kurung untuk diri sendiri..(tp modalnya susah sikit la..tgh sengkek ni..), pastu nak jalan-jalan dgn skandal p pesta buku, jumpa anak murid, habiskan baca buku NEW QUANTUM TARBIYAH dan p majlis kahwin kawan.. owh yea. jangan lupa kemas rumah yea...barbakti pada ibu.. insyaALLAH saya akan cerita sikit2 yea...(kalau rajin)





.

:: AnTarA 2 CintA ::



Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh




blog ini hanya sedikit dari perjalanan hidup seorang insan. sebagai pengajaran, buat pedoman, sebagai hiburan..adat dunia, ada suka dukanya.. namun sentiasa ingat ALLAH rahsia tenang dalam setiap ujian..